Pengikut Boyzzonne

Thursday, October 24, 2013

Budak penghantar amuk tikam 2 mati di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR : Seorang budak penghantar barang
tiba-tiba mengamuk lalu menikam dua orang sehingga
mati sementara dua lagi cedera dalam satu kejadian di
sini pada Khamis.

Insiden yang berlaku pada pukul 11.20 pagi itu bermula
apabila suspek yang berusia 26 tahun itu menghantar
rokok di beberapa buah kedai di Stesen Terminal LRT
Gombak.

Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala
Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata
suspek menikam pemilik kedai berusia 60 tahun dan
pembantunya iaitu seorang perempuan berusia 40
tahun.

"Dia kemudiannya melarikan diri dengan menaiki sebuah
van jenis Daihatsu berwarna putih menghala ke Taman
Melati.

"Kenderaan dinaiki suspek turut berlanggar dengan
sebuah lagi van yang dipandu oleh seorang lelaki tua di
hadapan stesen LRT Taman Melati," katanya kepada
pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata pemandu van tersebut keluar daripada
kenderaannya untuk melihat keadaan vannya turut
ditikam sebanyak tiga kali menyebabkan mangsa mati di
tempat kejadian.

"Suspek kemudiannya kembali menaiki vannya dan
memandu kira-kira satu kilometer daripada tempat
kejadian sebelum berlanggar dengan sebuah Toyota
Prius yang dipandu oleh seorang remaja.

"Dia kemudiannya menikam remaja berkenaan sekali dan
ketika mangsa cuba melarikan diri, suspek menikam
mangsa sebanyak dua kali lagi," katanya sambil
menambah remaja berkenaan merupakan pelajar kolej
turut meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata orang ramai yang menyaksikan insiden
berkenaan segera menahan suspek sebelum pihak polis
tiba.

Difahamkan suspek dilihat bercakap seorang diri dan
gagal menahan rasa amarahnya ketika kejadian.

Sumber

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive