Pengikut Boyzzonne

Saturday, May 12, 2012

Keputusan Kelantan beri cuti peristiwa Rabu depan

Piala FA

KOTA BHARU - Keputusan sama ada penjawat awam dan swasta di negeri ini akan diberi cuti peristiwa khas sehari atau sebaliknya, berikutan kejayaan pasukan bola sepak Kelantan mara ke perlawanan akhir Piala FA musim ini, akan diketahui pada mesyuarat exco kerajaan negeri Rabu depan.
Sehubungan itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Zainuddin Ibrahim meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu.
Beliau berkata demikian bagi mengulas desas-desus menerusi laman sosial kononnya kakitangan awam dan swasta di negeri ini bakal diberi cuti peristiwa selama sehari atas kejayaan Kelantan mara ke perlawanan akhir Piala FA menentang Sime Darby di Stadium Nasional Bukit Jalil, 19 Mei ini

Sumber : Sinar harian

Wednesday, May 9, 2012

Cara Semak Penyata Caruman Kwsp Secara Online



Tahukan anda Caruman Kwsp boleh disemak secara online.....

Disini BoyzzoNNe ingin berkongsi cara semak caruman kwsp secara online


Cara Semak Penyata KWSP Secara Online

Untuk membuat semakan KWSP perlu terlebih dahulu mendaftar di Portal rasmi i-Akaun KWSP .

Untuk mendaftar terlebih dahulu perlu ke kaunter KWSP terdekat untuk mengambil nombor PIN ( tempoh sah 90 hari ), semasa di kaunter KWSP kad pengenalan diperlukan untuk mengambil no pin KWSP tadi. ( sekali sahaja untuk pendaftaran online )

Seterusnya perlu ke portal rasmi KWSP i-Akaun iaitu http://www.kwsp.gov.my/ . Sila klik pada “ login kali pertama ..

Untuk pertanyaan bersetuju atau tidak mengaktifkan i-Akaun pilihlah ( saya bersetuju untuk mengaktifkan i-Akaun ) tanda di kotak disediakan.

Seterusnya masukkan no kad pengenalan masing-masing

Masukkan no pin yang diambil tadi di kaunter dan tekan ( aktifkan )

Langkah terakhir masukkanlah nama pengguna dan kata laluan pilihan sendiri dan klik pada butang hantar.

Setelah didaftarkan, anda boleh menyemak simpann terkini dan penyata KWSP masing-masing terus dari rumah. Semoga membantu.


So Lepas ni Tak perlu lagi anda semua beratur di kaunter atau di mana2 mesin untuk menyemak Caruman Kwsp anda yer....Duduk kat rumah pun dah boleh cek...Kaannn



Semak saman secara online

Semak Saman Trafik — Online SMS

BoyzzoNNe Disini ingin memberitahu kepada semua orang yang malas atau mungkin tiada masa nak ke Jpj atau ke pejabat pos untuk menyemak saman sama ada yang disedari atau yang tidak disedari (saman ekor ler tu) ...

Cara mudah semak saman trafik melalui online/SMS



Ambil telefon bimbit anda dan taip SMS seperti dibawah untuk check atau semak saman trafik anda melalui SMS. Ikuti format dibawah.
POLIS SAMAN [jarak] No Kad Pengenalan
Hantar ke 32728.
Cara Semak Saman  Trafik Kenderaan
Ini Bukan semak saman peribadi yer.
Ini penting semasa anda semua hendak membeli kenderaan terpakai..Mungkin ada saman>>SO Check la dulu sebelum beli tu...
Taipkan 

POLIS SAMAN [jarak] Nombor Pendaftaran Kenderaan [jarak] SEMUA
Hantar ke 32728.
Semoga anda dapat manfaat dari Cara yang sy kongsikan ni yer....




SHARE THIS

Blog Archive