Pengikut Boyzzonne

Thursday, June 28, 2012

Tanjung Piai dicemari minyak


 Pelbagai spesies hidupan laut dan sebahagian pokok kayu bakau di Taman Negara Tanjung Piai di sini terjejas teruk berikutan berlaku
tumpahan minyak di sepanjang 600 meter pesisiran pantai Tanjung Piai petang kelmarin.
Tumpahan itu dikatakan mula dikesan kira-kira 2 petang kelmarin apabila kakitangan Taman Negara tersebut melihat tompokan minyak dan terhidu bau minyak yang kuat.
Berikutan kejadian itu, taman negara berkenaan terpaksa ditutup buat sementara waktu kepada orang ramai.
Difahamkan, ini merupakan kes tumpahan minyak kali kedua berlaku selepas yang pertama pada September tahun lalu.
Menurut Ketua Penolong Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Zarmadi Mohd., pihaknya yang menerima laporan kira-kira pukul 6 petang segera menjalankan siasatan bersama pihak Jabatan Laut dan Pelabuhan Tanjung Pelepas serta beberapa pihak lain.
“Kita tidak menolak kemungkinan punca tumpahan minyak ini disebabkan oleh pemindahan minyak dari kapal ke kapal. Terdapat kira-kira 300 buah kapal tempatan dan antarabangsa yang melalui perairan Tanjung Piai setiap hari.
“Bagaimanapun, terdapat juga faktor-faktor lain tetapi semua masih dalam peringkat siasatan kami

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive