Pengikut Boyzzonne

Friday, June 29, 2012

Mati tanpa lesen


MOHAMMAD TARMIZI AZIZ sebak melihat jenazah anaknya, Muhammad Hakimi yang maut dalam kemalangan di Bertam Ulu, Melaka

Hajat seorang datuk untuk menikmati sarapan terbantut selepas dikejutkan dengan kemalangan maut membabitkan cucu saudaranya di
Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) berhampiran Bertam Ulu di sini semalam.
Kejadian pukul 7.30 pagi itu mengakibatkan pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Agama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Al-Ahmadi, Sungai Udang, Muhammad Hakimi Mohammad Tarmizi, 16, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.
Kemalangan berlaku apabila motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang mangsa telah terbabas menyebabkannya tercampak ke jalan bertentangan.
Difahamkan, sebelum kejadian, arwah dalam perjalanan ke sekolah yang terletak kira-kira empat kilometer dari rumahnya di Kampung Bertam Ulu. Dia tidak mempunyai lesen.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive