Pengikut Boyzzonne

Tuesday, June 26, 2012

Kes Dadah Saiful apek - Apek bebas


Saya bersyukur kerana bebas dan percaya kepada ketelusan undang-undang serta Perlembagaan,” kata pelakon dan pelawak terkenal, Saiful Apek di luar Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 43, berkata demikian selepas dia bersama
tiga lagi rakannya dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan menggunakan dadah, dua tahun lalu.

Dia turut menyuarakan rasa terharu terhadap keputusan itu dan dilihat berkali-kali menadah tangan tanda bersyukur.
“Saya berterima kasih kepada peguam Mohd Fadly Hashim dan Zamri Idrus yang banyak membantu serta peminat yang sentiasa memberikan sokongan.

“Penantian saya selama ini tidak sia-sia selepas dibuktikan tidak bersalah,” katanya.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive