Pengikut Boyzzonne

Monday, June 25, 2012

Jentera bomba terbalik ragut nyawa


 Seorang anggota bomba sukarela maut manakala enam lagi cedera apabila jentera bomba yang mereka naiki terbabas lalu terbalik dalam perjalanan
memadam kebakaran di Padang Lembu, Gurun dekat sini semalam.
Kejadian pukul 1.30 petang itu berlaku apabila jentera bomba dari Merbok di sini yang membawa tujuh anggota bomba sukarela cuba mengelak daripada bertembung dengan sebuah motosikal dari arah bertentangan.
Tindakan itu menyebabkan jentera bomba tersebut terbabas lalu berpusing tiga kali sebelum terbalik.
Kemalangan itu menyebabkan pemandu jentera bomba yang juga ketua operasi kebakaran, Chow Kok Kong, 51, maut di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala.
Enam lagi anggota bomba berusia 22 hingga 52 tahun cedera.
Seramai tiga mangsa dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini. Mereka ialah Ong Chong Yaw, 22, Lee Kian Fong, 41, dan Ng. Eng Chai, 46.
Salah seorang mangsa, Kok Kok Chon, 40, berkata, jentera bomba itu hilang kawalan lalu terbabas selepas cuba mengelak daripada bertembung dengan sebuah motosikal yang ditunggang laju dari arah bertentangan.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive