Pengikut Boyzzonne

Sunday, June 24, 2012

Hot -Syarat Damai tiga diva - Anzalna,Neelofa,Tasha shilla


NEELOFA... selesai cara baik



Sengketa antara tiga pelakon wanita terkenal tanah air, Neelofa, 23, dengan Anzalna, 23, dan Tasha Shilla, 25, mula menunjukkan perkembangan positif apabila ketiga-tiga aktres itu membayangkan hasrat untuk berdamai.

Walaupun meletakkan syarat, tindakan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) selaku orang tengah menemui ketiga-tiga pelakon muda terbabit untuk mendapatkan penjelasan ternyata membuahkan hasil apabila masing-masing bersetuju untuk segera menyelesaikan kemelut itu.


TASHA SHILLA... sekadar gosip

Pelakon dan pengacara, Noor Neelofa Mohd Noor (Lofa), 23, berkata, dia tiada masalah untuk mengakhiri persengketaan itu dengan syarat tuntutannya dipatuhi.

Bagaimanapun, katanya, dia belum menerima maklum balas notis tuntutan bukti yang dihantar peguamnya kepada Anzalna walaupun tempoh seminggu yang diberikannya berakhir Selasa lalu.

ANZALNA... tidak suka bermusuh

Lofa menerusi peguamnya pada 13 Jun lalu, menghantar notis menuntut Anzalna menunjukkan bukti terhadap dakwaan buruk mengenai dirinya yang disiarkan sisipan sebuah akhbar.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive