Pengikut Boyzzonne

Tuesday, June 26, 2012

Hari Himpunan Bintang meriah - Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo! 2012


 Lebih 600 penggiat seni termasuk pelakon, penyanyi, pelawak, anggota band tempatan serta aktivis seni memeriahkan Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo! 2012 yang diadakan
di Hotel Renaissance, Jalan Ampang di sini semalam.
Himpunan yang diadakan buat kali kedua itu bertemakan 'Pertahankan Hak, Kotakan Janji'.
Majlis turut dihadiri artis terkenal seperti Datuk Sharifah Aini, Datuk Yusof Haslam, Amy Search, Norman KRU, Rozita Che Wan, Datuk Hattan, Norman Hakim, Datin Sofea Jane, Ramlah Ram, Aizat dan ramai lagi.
Majlis tersebut dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Majlis selama empat jam itu diisi dengan sesi penerangan akta baharu, Akta Hak Cipta (Pindaan) 2012 oleh Timbalan Ketua Pengarah MyIPO (Korporat), Mohd. Shahar Osman.
Selepas itu sesi soal jawab turut diadakan yang memberi peluang kepada beberapa persatuan artis untuk bertanya kemusykilan mereka berhubung akta baharu berkenaan.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive