Pengikut Boyzzonne

Thursday, June 28, 2012

Apple VS SAMSUNG - Mahkamah AS haram jualan Samsung Galaxy Tab


Keputusan pengharaman dibuat oleh mahkamah California, AS

Sebuah mahkamah Amerika Syarikat (AS) di sini semalam mengharamkan penjualan Samsung Galaxy Tab 10.1 ekoran pertikaian dengan Apple.
Apple mendakwa yang Samsung melanggar etika dengan
meniru reka bentuk daripada model mereka, iPad.
Samsung tablet dianggap oleh kebanyakan penganalisis sebagai saingan terdekat Apple iPad.
Bagaimanapun pengharaman itu tidak membabitkan Galaxy Tab 10.1 II, edisi terbaru tablet.
Perbicaraan kes dijadualkan bermula di California pada 30 Julai ini.
Apple perlu membayar bon AS$2.6 juta bagi memfailkan injunksi yang dipohon Mei lalu, untuk membayar pampasan jika pengharaman itu difikirkan tidak perlu.
Menurut Hakim Mahkamah Daerah Lucy Koh, walaupun Samsung mempunyai hak untuk bersaing, namun ia tidak ada hak untuk bersaing secara tidak sihat dengan melanggar peraturan produk di pasaran.
Hakim sebelum ini menafikan rayuan Apple bagi memohon injunksi ke atas tablet Galaxy dan telefon pintarnya tetapi meminta mahkamah persekutuan untuk menimbang semula permintaan Apple.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive